Formula Solat Sempurna (Bergambar)


Judul : Formula Solat Sempurna
Penulis : Ustaz Zaharuddin bin Abdul Rahman
Penerbit : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga : RM25.90

KOMENTER USTAZ ZAHARUDDIN MENGENAI BUKU INI

Inilah satu buku untuk mengubah cara solat anda yang biasanya didasari ilmu ikut-ikut sahaja kepada ibadat atas dasar ilmu. Pahala bagi seorang yang menunaikan ibadah dengan ilmu amat berbeza dengan solat mereka yang tidak didasari ilmu.

Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata :

من عمل في غير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح

Ertinya : Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan (Jami’ Bayan al-‘Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr, 1/27)

Malah Nabi s.a.w bersabda :-

ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فقال رسول اللَّهِ فَضْلُ الْعَالِمِ على الْعَابِدِ كَفَضْلِي على أَدْنَاكُمْ

Ertinya : Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki, seorang darinya ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu, lalu Nabi memberi respon, Keutamaan orang yang punyai ilmu melebihi dari orang yang beribadah (tanpa ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah dari kalangan kamu(sahabat) : ( Riwayat Tirmizi, no 2685, 5/50 ; Tirmidzi : Hadis Ghorib, Albani : Sohih)

Syeikh Al-Mubarakfuri menghuraikan bahawa ahli ibadat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah mereka yang banyak melakukan ibadat tetapi hanya didasari ilmu yang sedikit. Beliau juga menjelaskan bahawa nabi membandingkan keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling rendah kemuliannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat. (Tuhfatul ahwazi, 7/379)

Justeru, buku ini insyaAllah dapat membantu kita semua menunaikan ibadat dengan ilmu dan tidak lagi dengan ilmu sedikit yang dipelajari di zaman kanak-kanak dahulu.

SPESIFIKASI

  1. 174 halaman
  2. Kertas Glossy berkualiti tinggi berwarna & bergambar
  3. Harga Runcit Telaga Biru Sdn. Bhd : RM25.90

HARGA TERMASUK POS

RM25.90 + RM3.00 = RM28.90 @ RM29.00

0 comments: