Edisi Ekonomi (10 Jilid)


Judul : Tafsir Ibnu Katsir
Penulis : Imam Ibnu Katsir
Penerbit : Pustaka Imam Asy-Syafi’i
Harga : RM600–diskaun 16%–> RM500 sahaja (harga boleh runding bagi yang betul-betul nak beli)
PENGENALAN TAFSIR IBNU KATSIR
Siapa yang tidak pernah dengar Tafsir Ibnu Katsir? Nama tafsir ini tidak asing langsung bagi penuntut-penuntut Pengajian Islam, sama ada di luar negara, mahupun di Malaysia. Tafsir Ibnu Katsir merupakan tafsir yang paling muktabar (berperanan besar) dalam dunia ilmu Islam. Ia menjadi rujukan ulama-ulama tafsir sepanjang zaman. Kehebatan tafsir ini bukan sahaja kerana kandungannya, malahan kerana ke’aliman penulisnya yang mahir dalam pelbagai bidang ilmu. Kini, tafsir ini telah dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu (Indonesia), bagi membantu bangsa atau umat Islam yang tidak mampu memahami bahasa Arab dapat menatap kitab yang penuh keberkatan ilmu ini. Tafsir yang saya paparkan ini bukan ringkasan atau muktasar, tetapi ia merupakan terjemahan lengkap dari judul asli.
PENGARANG KITAB
Ia dikarang oleh Al-Hafidz ‘Imaduddin Abul Fida’ Ismail bin ‘Umar bin Katsir Al-Qurasyi Ad-Dimasyqi, seorang ulama yang amat Faqih dan mahir dalam pelbagai disiplin ilmu pada abad ke-8 Hijrah. Beliau juga digelar Al-Hafidz, iaitu gelarang bagi mereka yang menghafaz beribu-ribu teks Hadith Nabi SAW. Selain itu, beliau juga merupakan penulis yang sangat giat menghasilkan karya-karya yang ilmiah. Di antara kitab beliau yang terkenal berjudul Al-Bidaayah wan Nihaayah.
METHOD PENULISAN
Tafsir ini mengambil method penulisan Tafsir bil Ma’thur, method yang diakui sahih, tepat dan benar kerana menyandarkan penafsiran ayat Al-Quran dari sumber yang disepakati kebenarnya, iaitu :
  1. Al-Quran dengan Al-Quran
  2. Al-Quran dengan Hadith Nabi SAW (Setiap hadith telah dinyatakan sumbernya)
  3. Al-Quran dengan pendapat ulama Salafus Soleh dari kalangan Sahabat dan Tabi’en

PEGANGAN AQIDAH PENULIS
Ibnu Kathir merupakan seorang ulama yang berpegang kepada aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan mengikut manhaj Salafus Soleh dalam beragama, baik dalam masalah ‘Aqidah, ‘Ibadah mahupun Akhlak.
JUDUL ASAL
Tafsir Ibnu Katsir yang saya paparkan ini diterbitkan oleh Pustaka Imam Asy-Syafi’i (Indonesia), Cetakan Tahun 2008. Ia merupakan terjemahan daripada kitab asal :
  1. Judul Asal : (لباب التفسر من ابن كثير) : Lubaabut Tafsir Min Ibnu Katsiir.
  2. Di semak oleh : Dr. ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh
  3. Diterbitkan oleh Mu-assasah Daar al-Hilaal Kairo, Cetakan Pertama, Tahun 1414 H – 1994 M

MENGAPA ANDA PERLUKAN TAFSIR INI?
Tafsir ini bukan sekadar terjemahan, bahkan di dalamnya memuatkan hukum-hukum Fiqh 4 mazhab terbesar (Syafie, Maliki, Hanbali & Hanafi). Terdapat juga pandangan-pandangan ulama lain yang diiktiraf. Penulis Tafsir Al-Azhar, Prof. Dr. HAMKA juga merujuk tafsir ini dalam menghasilkan kitabnya.

SPESIFIKASI EDISI EKONOMI

  1. Berukuran 18.5 x 25.5 cm
  2. Hardcover beserta rak
  3. 10 jilid lengkap

0 comments: